Ini satu lagi pergaduhan yang semakin hangat. Zed Zaidi vs Adlin Aman Ramli. Kalau kedua-duanya bertinju untuk menentukan kemenangan, sukar nak jangka siapa pemenang. Ok itu sekadar metafora sahaja. Selepas dihentam teruk oleh Adlin kerana kelemahannya memimpin SENIMAN, Zed Zaidi telah tampil mempertahankan dirinya. Iyerlah siapa boleh tahan kena kritik sampai dipanggil ‘bodoh’. Mesti panas hati dibuatnya.
Kalau dakwaan dia kononnya saya tidak boleh mengendalikan persatuan dengan baik, kenapa ahli mengundi dan memberi kepercayaan kepada saya sebagai presiden persatuan. Sebelum ini saya pernah memimpin SENIMAN selama satu setengah tahun. Sebanyak 500 program yang saya jalankan untuk menaikan nama Seniman. Kalau setakat 20 tahun jadi ahli SENIMAN tetapi tidak pernah datang mesyuarat ahli dan hanya bila mahu bertanding saja baru datang, tidak perlulah bercakap apa-apa.
Dia hanya juruaudit bukan AJK dan dia tidak tahu apa-apa yang berlaku dalam mesyuarat yang kami adakan pada 15 Oktober lalu. Jika dia seorang profesional sepatutnya mendapatkan penjelesan daripada saya bukan hanya dari sebelah pihak saja. Dia bukan ada kredibiliti dalam persatuan dan tidak tahu tentang hal pentadbiran sesebuah persatuan.
Cuma, apa yang kita nampak mengenai dia hanya dalam lakonan, pengarahan dan sebagai pengkritik. Dia jangan bawa ilmu lakonan dalam pentadbiran persatuan. Sebelum ini, dia pernah menjadi timbalan sebuah persatuan artis tetapi ke mana persatuan itu sekarang. Jika dia tidak tahu tentang pentadbiran persatuan, jangan bercakap apa-apa tentang persatuan. Lebih baik dia tutup mulut.
0 comments:
Post a Comment